Certot

Kembara Rusia

Hasil nukilan Nurul Ellyn 2 years agoKembara 32

 “Hari ini, cikgu akan beri kamu projek.” Belum sempat Cikgu Aneesa menambah apa-apa, rata-rata pelajar 5 Artistik mengeluh. Ingatkan apabila sudah tamat SPM, boleh bersenang-lenang.


 “Sebelum itu, cikgu mahu kamu ambil satu kertas dari kotak ini. Hanya satu sahaja. Tidak boleh buka kertas itu dahulu.” Cikgu Aneesa mula bergerak dari satu meja ke satu meja. Setiap pelajar mula mengambil kertas dari kotak itu.

 Apabila Cikgu Aneesa sudah kembali di hadapan, beliau menyuruh para pelajarnya membuka kertas itu. Rata-rata pelajar terkejut dengan isi kandungan surat itu. Ramai pelajar mula membaca isi kandungan kertas yang mereka terima dengan kuat.

 “Kelas!” Jerit Cikgu Aneesa . Kelas menjadi senyap. “Kamu akan membuat folio tentang negara yang kamu terima,” kata Cikgu Aneesa.

 “Individu atau berkumpulan cikgu?” tanya seorang pelajar. 

 “Berkumpulan. Cari rakan kamu yang menerima negara yang sama,” balas Cikgu Aneesa.

 Fizz dan Fisya, kembar di dalam kelas itu tersenyum gembira. Mereka mendapat negara yang sama! Ada antara rakan mereka mengeluh kerana mendapat ahli kumpulan yang berlainan jantina. 

 “Saya tidak mahu dengan dia cikgu! Saya mahu pilih sendiri,” kata seorang pelajar, tidak puas hati. 

“Tidak boleh! Kamu pilih mahu dengan dia atau ke bilik disiplin. Sebenarnya, Cikgu Aneesa merupakan salah seorang guru disiplin di sekolah itu,

 “Sila hantar pada 12 November,” tambah Cikgu Aneesa.

***

 “Kita terima negara apa ya?” tanya Fizz. 

“Rusia,” balas Fisya geram. Abangnya ini pelupa atau buat tidak ingat sebenarnya?

 “Abang mengantuklah. Esok kita bincang. Esok cuti.” Tanpa sempat Fisya membalas, Fizz sudah keluar dari biliknya. Fisya hanya menahan marah.

 Dia pun tidur sebaik sahaja abangnya pergi. Mujur dia telah sembahyang Isyak.

***

 Sinaran yang memedihkan memaksa Fisya membuka matanya. Betapa terkejutnya dia melihat seorang lelaki yang agak tua menunggang seekor naga. Satu cubitan halus mengena dirinya.

 Rupa-rupanya, Fizz juga berada di situ. 

“Siapa itu?” tanya Fisya. 

“Rasanya abang kenal tetapi tidak tahulah!” Fizz membalas. 

Mereka masih tercegat di situ.

 “Naiklah! Biar datuk bawa kamu ke tempat yang kamu mahu tahu,” Kata lelaki itu. 

“Datuk!” Terpacul satu perkataan dari kembar itu. 

 “Ke mana datuk?” tanya Fizz selepas mereka memeluk datuk mereka. 

“Bukankah kamu mahu tahu tentang Rusia?” tanya datuk mereka. Kemudian, muncul satu sinaran yang memedihkan mata menyebabkan mereka menutup mata.







 

Juga daripada penulis ini:

  • Haris

Cerita lain: