Certot

Aiskrim goreng

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFiksyen 33

Tasha ialah seorang gadis yang amat menyukai aiskrim.

Suatu hari, dia berhasrat mahu membuat aiskrim gorengnya sendiri.

“Ibu, bagaimana mahu membuat aiskrim goreng?” soal Tasha.

“Begini. Kamu lihat senarai ini. Di senarai ini tertulis barang-barang untuk membuat aiskrim goreng., kata Puan Ina sambil menyerahkan sehelai kertas.

Tasha membaca satu per satu senarai barang yang diperlukan. Kemudian dia segera menyiapkan bahan-bahannya. Lalu, Puan Ina membantu Tasya membuat aiskrim goreng.

“Tasha, sekarang kamu boleh letakkan aiskrim goreng ini di dalam peti sejuk., kata Puan Ina.

Tasha segera meletakkan aiskrim gorengnya ke dalam peti sejuk.

*****

Keesokkan harinya, Tasha segera mengeluarkan aiskrim gorengnya dan menggoreng aiskrim itu.

Aiskrim goreng itu dimakan oleh Tasha dan keluarganya.

“Wah, sedap betul aiskrim goreng ni ibu,” kata Tasha.

Mulutnya sudah comot kerana terkena aiskrim.

Tasha dan keluarganya begitu gembira sekali. Semua menyukai aiskrim goreng Tasha.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: