Certot

Air Terjun Sekayu

Hasil nukilan Allis Alisha about 2 years agoFiksyen 2

Pada minggu lalu, saya dan keluarga telah pergi berkelah di Air Terjun Sekayu. Aktiviti berkelah di air terjun dapat merehatkan tubuh badan dan fikiran.

Kami tiba dia kawasan air terjun tersebut sekitar jam 9.00 pagi. Keindahan air terjun tersebut begitu memikat hati. Saya dan adik saya tidak sabar lagi untuk mandi manda di kolam air terjun itu.

Selepas selesai membantu ibu menghidangkan makanan yang dibawa dari rumah, saya dan adik terus ke tandas awam bagi menukar pakaian. Kemudian, kami berjalan ke kolam air terjun dengan berhati hati agar tidak jatuh, kami mandi mengunakan pelampung

Setelah selesai mandi di air terjun kami berjalan ke arah ibu dan ayah yang sedang memerhatikan tingkah laku kami. Selepas makan kami sekeluarga berjalan jalan sekitar air terjun tersebut.

Kami dapat melihat pelbagai gelagat  pengunjung tersebut. Ada yang seronok mandi-manda di kolam air terjun, bermain bola, dan ada yang sedang berbual sesama mereka. Kanak-kanak pula seronok bermain air di kawasan yang cetek.

Kami sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Selepas itu, kami bertolak pulang ke rumah. Itulah pengalaman saya  ketika berkelah dia Air Terjun Sekayu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: