Certot

Adik-Beradik Suka dan Suka

Hasil nukilan Mei 2 years agoFiksyen 3

Pagi yang segar itu, sebuah anak patung yang sudah rosak dibiarkan sahaja di depan sebuah rumah dua tingkat. Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bernama Aisyzara memukul adiknya. Adiknya berumur tiga tahun, bernama Aisysara. Dia memukul adiknya kerana adiknya merosakkan anak patung miliknya. Adiknya menangis tidak terhenti dan kuat sekali. Ibu mereka terdengar, langsung ke hadapan rumah dengan membawa rotan. Ibunya merotan anak sulungnya sambil memarahinya.

“Adik kamu masih kecil! Mengapa kamu pukul dia?” ujar ibunya pada anak sulungnya. 

Aisysara diam saja melihat kakaknya. Air mata Aisyzara tidak henti mengalir kerana sakit dipukul oleh ibunya.

*****

14 tahun kemudian….

Aisyzara kini sudah 19 tahun dan adiknya 17 tahun. Ibu dan ayahnya sudah tiada lagi dan Aisyzara harus menjaga adiknya. Pada masa yang sama, dia turut bekerja bagi mencari sesuap nasi untuk dirinya dan juga adiknya.

Suatu pagi, Aisyzara menyiram pokok bunga seperti selalu. Seorang remaja lelaki datang dengan menunggang motosikal. Aisysara tergopoh-gapah ke arah lelaki itu. Aisyzara terkaku.

*****

Malam menjelang, tetapi Aisyzara setia menunggu adiknya pulang kerana takut adiknya belum makan. Tepat pukul 11.00 malam itu, sebuah kereta Myvi berada di hadapan rumah Aisyzara. Kini, hidup Aisysara sudah tidak tentu arah disebabkan setiap hujung minggu pasti Aisysara keluar dengan rakannya. 

Pada suatu hari, ketika Aisyzara hendak membeli barang. Dia mendapati beg duitnya tiada. Aisyzara tahu pasti adiknya yang mencurinya. Lantas dia pergi mencari adiknya.

“Tahu tidak? Duit itu untuk menampung kita berdua, tetapi kamu habiskan duit itu dengan benda sia-sia. Kamu memang tak guna!” ujar Aisyzara. Masa sampai di rumah, Aisyzara rasa hendak muntah dan berlari ke bilik air. 

*****

Pagi itu, sebelum dia ke tempat kerja. Dia ke klinik untuk pemeriksaan dan dia terkejut kerana dia disahkan menghidap kanser. Sejak itu, Aisyzara akan ke klinik setiap hujung minggu bagi pemeriksaan sampai rambutnya mula gugur. Setiap hari juga dia rasa hendak munta.

“Kenapa dengan akak?” tanya adiknya.

Aisyzara geleng sahaja. Kepala yang dililit dengan tuala itu dibuka sebab Aisyzara ingin tahu apa yang yang berlaku. Dan soalan itu terjawab. Kepala kakaknya sudah tiada helaian rambut. Air mata Aisysara mengalir dan memeluk kakaknya itu.

“Kenapa… kakak tidak bagitahu saya. Saya tahu saya banyak buat salah, tetapi kalau ada penyakit, beritahu saya. Saya tahu kakak sayangkan saya, tetapi saya tak hargai. Maafkan saya, kakak.” Sayu suara Aisysara. 

Mula hari itu, Aisysara menolong kakaknya bersihkan rumah. Di situlah mulanya kasih antara mereka sejak mereka mengalami suka dan duka mereka.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: