Certot

Abo, Jangan Tinggalkan Kakak !

Hasil nukilan Humaira Huda 3 years agoFiksyen 27

 Namaku Nadzara Hidayah. Aku seorang anak yatim piatu. Aku juga seorang anak tunggal. Kini, aku hidup bersama kucing kesayanganku, Abo. Abo jugalah yang setia menemani aku sepanjang masa.

Pada suatu hari, Abo jatuh sakit dan sering muntah. Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain mendoakan kesihatan Abo. Semakin hari, penyakit Abo semakin serius sehingga Abo tidak mampu berdiri. Tetapi, pada setiap malam, Abo akan mengesot untuk menemani aku solat hajat dan tidur.

Pada petang itu, aku menyedari Abo tiada di dalam bakul tempat tidurnya. Aku mula risau. Aku mencari Abo di seluruh kawasan kampungku. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk mencari Abo pada keesokan hari kerana cuaca sudah mendung menandakan hari akan hujan. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku tidak berhenti untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan Abo.

“Abo, jangan tinggalkan kakak. Kakak sayang Abo. Siapa mahu teman kakak lagi? Abo pulanglah!”

*****

Sudah seminggu Abo tidak pulang ke rumah. Mungkin Abo sudah tiada. Pada pagi itu, sebuah kereta berhenti tepat dihadapan rumahku. Seorang gadis keluar dari kereta tersebut.

  “Assalamualaikum, Nad.”

  “Waalaikumussalam. Siapa awak?”

  “Saya Hanim. Awak sudah lupa, ya? Awak sudah lama tidak hadir ke sekolah sejak ibu bapa awak meninggal dunia. Saya datang ini mahu pulangkan barang yang saya pinjam.”

Aku berasa pelik. Aku tidak kenal gadis itu. Dan barang apa yang dia pinjam dari aku? Pelbagai soalan bermain di fikiranku.

Kemudian, seorang lelaki juga keluar dari kereta itu lalu membuka pintu di bahagian belakang. Badanku menjadi keras seperti batu. Mataku terbuka luas apabila melihat tubuh seekor haiwan turut keluar dari kereta itu.

“Abo!”

Aku menjerit memanggil nama Abo. Air mata kegembiraan membasahi wajahku. Abo berlari menuju ke arahku lalu menggeselkan badannya di kakiku. Aku memeluk Abo dengan erat sekali. Dengan kuasa Allah, Abo juga mengalirkan air mata. Dan sekarang baru aku kenali siapa gadis itu. Gadis itu ialah sahabatku. Aku sudah lama tidak hadir ke sekolah selepas ibu bapaku meninggal dunia.

“Nad, saya minta maaf kerana mengambil Abo tanpa pengetahuan awak. Saya cuma mahu rawat Abo. Saya kesian melihat kehidupan awak. Jadi, saya rasa lebih elok saya rawat Abo supaya boleh temankan awak.”

Aku memeluk Hanim.

“Saya tidak kisah jika awak berniat baik. Saya berterima kasih sangat kerana awak sanggup jaga Abo, Hanim. Saya juga sangat rindukan awak.”

*****

Hanim dan bapanya sudah pulang. Hanim juga memberiku sedikit sebanyak buat tangan. Ada juga untuk sedikit untuk Abo. Aku sangat terharu dengan sikap mulia Hanim. Aku bersyukur kerana Allah menganugerahkan aku seorang sahabat yang berhati mulia.

“Ya Allah, sesungguhnya engkau memberi ujian buatku kerana di sebaliknya engkau mentakdirkan kebahagiaan untukku….”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: