Certot

ABI UTUSAN ILAHI

Hasil nukilan Al-Hafizun Fizs 2 years agoSuperhero 15

Tarikh: 1 Januari 2016

Waktu: 5.45 a.m.

Waktu pagi yang hening, aku dikejut oleh umiku untuk menunaikan kewajipan ke hadrat Ilahi iaitu solat subuh. Selesai solat, aku duduk termangu sendirian di kaki lima rumah. Aku terlihat bangku kayu yang dibuat oleh abi. Bangku itu amat membantu diri ini tatkala aku hendak menyidai kain almaklumlah aku bertubuh kecil tangan ini tak tercapai ampaian di gantungan.

Waktu: 7.27 a.m.

Terasa bahuku disentuh oleh seseorang, membuatkan aku menoleh ke belakang. Oh, umi rupa-rupanya. 

“Nahlah, abi! Abi! Abi! ” ujar umi dengan nada yang sayu.

“Umi! Kenapa ini? Kenapa dengan abi? Abi boleh teman Nahlah pergi ke sekolah untuk pendaftaran Tingkatan 2 nanti kan?” soalku sedikit cemas.

“Abi! Abi kemalangan kecil!” jawab umi membuatkan diriku menggelabah.

“Akhi kamu akan teman kamu untuk pendaftaran. Lekas siap! Jangan khuatir tentang abi. Insya Allah abi selamat!” sambung umi menghilangkan rasa risau dalam diri sedikit demi sedikit.

Waktu: 9.02 a.m.

Aku dan akhiku tiba di SMK Pasir Gudang untuk sesi pendaftaran dan pembayaran. 

“Abang, pulanglah! Tenangkan umi. Nahlah boleh kendalikan perihal pendaftaran ini. Abang tak usah bimbang ya? Nanti, pandailah Nahlah menumpang atau menaiki bas tambang untuk pulang!” usulku kepada akhi.

Waktu: 11 a.m.

“....”

“Baiklah! Saya sudah selesai membuat pembayaran ini. Eloklah kita bertemu di 7 Eleven ya?”

“....”

“Huh? Datang seorang diri? Mengapa? Awak itu mahram saya, mana boleh kita berdua-duaan sahaja! Itu sudah melanggar hukum syarak dan batas pergaulan.”

“....”

“Haa… saya bawa teman perempuan saya yang bernama Marlina. Jumpa di sana.”

Waktu: 13.15 p.m.

‘Aduh! Abi mesti sudah dibawa pulang ke rumah!Mana si mamat seorang ini?’ gumam hatiku. Gundah-gulana dibuatnya.

“Sudahlah bertemu di lorong yang terselindung daripada pandangan orang awam!” keluh Marlina.

“Entah-entah orang itu perogol bersiri! Media sosial masa kini mana boleh dipercayai! Senang-senang sahaja orang mahu memperdayakan kita tahu?” bebel Marlina.

Waktu: 14 p.m.

“Hahahahaha!” 

“Hei,perempuan! Dasar lembab! Kau ini memang bodoh! Percaya janji orang! Haa… sekarang, engkau akan aku jual di Thailand sana! Berjuta-juta bath tahu, budak cengeng?” gelak hebat si jantan tak guna yang dipanggil Mat Pekil oleh kuncu-kuncunya.

“Abi! Tolonglah Nahlah! Nahlah memang amat perlukan pertolongan abi! Ya Allah, hantarkanlah pertolonganmu kepadaku!” doaku kepada Ilahi yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang aku lalui.

Tiba-tiba….

“Nahlah!” telingaku pantas menangkap jeritan yang amat aku kenali.

“Abi?” soalku sendiri.

Gedebush! Gedebush! Gedebush!

Lebam-lebam muka penjahat-penjahat itu yang juga merupakan Sindiket Pemerdagangan Manusia yang bergiat secara haram kerana dikerjakan oleh abi.

Hatiku bagai disiat-siat tatkala melihat keadaan abi yang berbaju compang-camping dengan seluarnya yang berlubang pada bahagian punggung. Pasti kesan kemalangan yang tidak terlalu serius itu.

“Masya Allah! Terima kasih ya Allah kerana engkau telah mengutus abiku ketika aku dilanda musibah yang aku sendiri tak jangka akn berlaku. Sesungguhnya engkau Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang telah, sedang, dan akan berlaku ke atas setiap hamba-Mu! Sembuhkanlah abiku, ya Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,” doaku dengan penuh kesyukuran.

“Abi, engkaulah insan yang diutus Allah kepada keluarga ini untuk membimbing kami ke Jannahtullah!” ujarku sambil tersenyum melihat keadaan abi yang terlantar di atas sofa.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: