Certot

Abang, Berubahlah!

Hasil nukilan Ainin Kein 2 years agoFiksyen

Aku Kein. Kamu semua ingat itu nama sebenarkah? Nama sebenar aku Ain. Nama panjang biarlah rahsia.

Dari kecil lagi,aku sentiasa berkawan dengan lelaki. Tetapi, jangan salah faham. Aku bukan playgirl. Aku cuma selalu dipaksa oleh abangku supaya bermain bersamanya. Dahulu aku anggap ia sebagai beban. Hakikatnya, ia kasih sayang yang amat pelik. Sekarang aku rindukan abang aku yang selalu memaksa aku bermain bola sepak, piring terbang, dan permainan yang biasanya dimonopoli oleh kebanyakan budak lelaki. Dan kini, aku telah jadi perempuan yang berwatakan lelaki, tetapi aku masih pakai tudung. 

Walaupun aku berwatakan lelaki, namun aku ini anti-lelaki. Ia bermula saat abang aku berubah menjadi perokok dan kuat membuli. Abang aku 15 tahun dan aku amat risau dengan keadaannya. Aku inginkan abang aku lulus dalam PT3 tahun ini. Cukuplah dengan keputusan UPSR yang tiada A lansung. Sangat berbeza denganku yang mendapat 5A. Setiap saat dia dipanggil cikgu disiplin, aku akan menangis. Kawan-kawan aku selalu bertanya mengapa aku menangis. Aku hanya menggeleng. Aku malu. Sebanyak mana pun perkataan benci yang ditujukan kepada abangku olehku, tetapi aku amat sayangkannya.

Aku cuma mahu dia balik kepada asal. Di manakah abangku yang pandai bertaranum ketika mengaji? Di manakah abangku yang handal menghafal Al-Quran? Oh! Sungguh aku rindu saat kami bersama dahulu. Saat kami dimarahi ibu kerana bermain tanah liat. Saat kami mengutip buah mempelam di tepi pagar. Saat kami memarahi adik kerana adik terlalu dimanjakan. Abang. Tidak mampukah kau berubah? 

Namun, semuanya sia-sia sahaja. Abang semakin gembira dengan kemewahan dunia. Ibu hanya membiarkan sahaja. Seringku menangis kerana namanya dipanggil di hadapan khalayak ramai atas kesalahannya sendiri.

Satu hari, seorang lelaki bernama Izham membantu aku pada kejohanan sukan peringkat sekolah. Dia tingkatan 5. Dia pandai melukis anime. Aku seronok berkenalan dengannya. Aku dikenalkan dengan kawannya, Hasyi. Mereka memang baik. Malah, mereka mengatakan pada semua kawan mereka, aku ini adik angkat mereka. Aku amat gembira. Akhirnya, aku punya abang yang mampu menyayangi aku. Izham dan Hasyi. Kedua-duanya ibarat abang kandung aku.

Namun, satu perkara tidak dijangka telah terjadi. Abang kandungku telah mengalami kemalangan dan telah meninggal dunia. Aku menangis tanpa henti. Tanpa pujukan sesiapa. Di sekolah, tangisanku makin menjadi-jadi apabila kawan-kawanku mendesakku untuk menceritakan apa yang berlaku kepada abangku.

“Ain kuat, bukan?”

“Ain tabah, bukan?”

Suara yang amat kukenali bertanya. Abang Izham dan Abang Hasyi. Mereka memujukku. Akhirnya, aku akur dan redha. Aku mampu tersenyum dan bergelak ketawa kembali kerana aku telah faham, apa itu ‘kasih sayang’.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: