Certot

Abah Jangan Pergi

Hasil nukilan Zuriatie 2 years agoFiksyen 11


“Abah, Ainu tidak sanggup melihat abah menjadi sebegini.” Itulah ungkapan yang selalu aku sebut.

Hai,nama aku Ainu Insyirah, kakak sulung dari enam adik-beradik. Aku tinggal di Kuala Lumpur dan menuntut ilmu di SK Kampung Gelugor yang tidak jauh dari rumah aku. Rumah aku rumah teres berwarna putih dan kuning. Di situlah aku membesar dan disitulah aku bermain. 

Dalam keluarga, akulah yang paling periang dan ceria. Namun, sejak kebelakangan ini, aku jadi muram dan risaukan abah selalu kerana aku dan keluarga aku baru mendapat tahu bahawa abah menghidap sakit jantung. Dahulu abah selalu bawa aku dan adik-adikku bersiar-siar, tetapi sekarang sudah berubah, abah hanya terbaring di atas katil dan tidur. Bukan itu sahaja, malah abah juga sering dibawa ke hospital untuk dirawat. Adakalanya abah terpaksa menjalani pembedahan kerana keadaan abah terlalu kritikal.

                                                                               *****

Tadi ketika bangun pagi, aku melihat ibuku terkejar-kejar dan menelefon seseorang. Kedengaran seperti serius .Lalu aku bertanya kepada ibuku, “Ibu, kenapa ini?” 

Aku bertanya dengan pantas ibuku menjawab pertanyaanku. “Abah perlu dimasukkan ke Institut Jantung Negara.” 

Hatiku mulai resah dan aku terasa seperti mahu pengsan. Dengan segera kami bersiap dan menghantar abah ke Institut Jantung Negara. 

Ketika abah diangkat dan dibaringkan di atas katil beroda untuk dibawa ke bilik pemeriksaan, abah hanya berzikir kepada Allah. Saat itu, abah sangat kritikal dan perlu dirawat dengan segera. Ddalam fikiranku hanya memikirkan tentang abah sahaja pada saat itu. 

Beberapa minit kemudian, doktor keluar  mengatakan bahawa abah perlu dibedah. Daripada riak wajah ibu memang bimbang. Namun, kami hanya perlu bersabar dan menunggu, ibu juga meminta aku supaya berdoa kepada Allah semoga abah tidak apa-apa.

                                                                           *****

Beberapa jam kemudian, doktor mengatakan bahawa abah sudah selesai dibedah, tetapi abah sudah nazak. Ketika mendengar bahawa abah sudah nazak, aku terus berlari dan memasuki bilik itu untuk melihat keadaan abah.

Abah memegang tanganku dan berkata, “Ainu, abah minta maaf jika abah ada buat salah pada Ainu. Ainu jaga diri dan keluarga baik-baik, ya? Ajal abah sudah tiba. Ainu, abah rasa kamu kakak yang berdisplin dan selalu menjadi contoh kepada adik-adik. Nanti bila ujian UPSR, lakukan yang terbaik. Buat abah dan ibu bangga terhadap Ainu. Walaupun abah sudah tiada, jangan Ainu tangisi pemergian abah. Biarlah abah pergi dengan tenang dan jangan sebab abah sudah tiada, Ainu putus asa dan menjadikan masa depan Ainu gelap.” Itu ungkapan abah yang membuat air mata =ku mengalir tanpa aku sedari.

Kemudian abah tidak bersuara lagi dan mata abah tertutup. Jantung abah berhenti dan nadi abah tiada denyutan lagi. Kemudian doktor mengesahkan bahawa abah dah pergi buat selamanya. Tiba-tiba aku pengsan kerana terlalu sedih akan pemergian abah. Namun sebelum pengsan, aku sempat memeluk abah sekuatnya. Aku mencium dahi abah dan ibu berkata, “Biarlah abah pergi dengan tenang kerana ibu tidak sanggup melihat abah terseksa dalam kesakitan lagi.” Air mata ibu jatuh satu demi satu.

“Abah, Ainu sayang abah! Kalaulah abah masih hidup, Ainu mahu peluk abah sepuas-puasnya!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: