Certot

A.K.A Encik Ketam

Hasil nukilan Hasya 2 years agoFiksyen 44

  Fareez seorang budak suka mencubit orang. Sebab itulah orang ramai menggelarkan dia Encik Ketam. Setiap kali berjumpa orang, pasti dicubitnya. Mahu pergi ke tandas pun cubit, mahu makan cubit, mahu minum cubit, mahu baca buku cubit, mahu belajar pun cubit. 

Pada hari berikutnya….

“Helo, Aiman!” ucap Fareez tersenyum lebar. 

Aiman pula kaget! Segera dia menganjak beberapa langkah dari Fareez supaya tidak dicubit lagi. Habis lebam bahunya.

“Oh! Helo, Fareez! Kenapa datang lewat hari ini?” tanya Aiman. Selalunya Encik Ketam ni datang awal! 

“Basikal aku rosak tadi. Tiba-tiba pula aku gatal ibu jari pula,” kata Fareez. 

Aiman faham maksud sahabatnya. Apalagi lari! 

“Aiman! Tunggulah!” Berkali-berkali Fareez memanggilnya, tetapi Aiman hanya berlari pergi tanpa mengendahkan Fareez.

*****

Di dalam kelas 5 Arif.

“Cikgu Siti tak hadir hari ini! Jadi kamu jangan buat bising,” kata Aaron, ketua kelas 5 Arif. 

Semua orang menjerit kegembiraan. Riuh rendah kelas 5Arif. Fareez mendekati Raihan. Dia terus mencubit bahu Raihan. 

Raihan terkejut. “Sakitlah! Kenapa cubit cubit orang?” marah Raihan sambil mengadu kesakitan. “Fareez, aku nak nasihatkan kau sesuatu,” kata Raihan dengan wajah serius. 

“Cakap apa? Serius sangatkah?” balas Fareez sambil mencuci tangannya. 

“Kau ni, jumpa orang kau cubit. Nak panggil orang kau cubit, nak makan kau cubit orang juga? Perangai apa kau ni? Habis lebam orang punya bahu kau cubit tiap-tiap hari. Tak rasa bersalah?” kata Raihan.

“Sakit sangatkah? Ini memang tabiat aku. Aku tak boleh nak berhenti. Tangan aku rasa gatal sahaja nak cubit!” balas Fareez.

“Sudahlah! Aku nak pergi, Encik Ketam.”

*****

Waktu rehat.

Semasa makan di kantin, Fareez makan nasi lemak. Dia makan dengan gelojoh kerana sangat lapar .Nasi tertumpah di merata tempat. Ray yang sedang makan dengan tenang tiba-tiba dicubit oleh Fareez. Tersembur pula nasi ke muka Aiman. 

“Minta maaf, Aiman! Aku terkejut. Fareez ni tiba-tiba cubit orang! Fareez janganla cubit orang sakit tahu!” kata Ray geram dengan sikap Fareez.

“Alah, aku nak keluar ni!” balas Fareez tanpa rasa bersalah dengan rakannya. Aiman masih bersabar.

*****

Waktu pulang kesekolah, Fareez pulang keseorangan. Dalam perjalanan pulang, dia ternampak seorang lelaki bertumbuh sasa meminta duit dari seorang warga emas. 

‘Aku tak boleh berdiam diri!’ Fareez meluru ke arah orang itu. “Hey! lepaskan nenek itu!” kata Fareez selamba. 

Lelaki tadi memandang tajam ke arah Fareez. “Berani kau cakap macam tu dekat senior kau? Nak kena belasah?” ugut lelaki itu. 

Fareez mengangguk. Dia menggerakkan setiap jari-jemarinya. “Rasakan! Akulah Encik Ketam terhebat!” 

Lelaki itu mengadu kesakitan lalu dia terus lari dari situ. “Terima kasih ,nak. Kamu wira nenek. Ini sebagai balasannya.” Wanita tua itu menghulurkan sebiji donut.

“Terima kasih, nenek! Saya ikhlas bantu nenek.”

*****

“Seorang  kanak-kanak lelaki selamatkan warga emas hanya dengan cubitan. Ini bukan Fareez?” tanya Aiman kepada Raihan dan Ray. 

“Ya, itu memang aku pun.” Entah dari mana Fareez muncul. 

Mereka kaget. Raihan dan Ray terus bergajak beberapa langkah. “Jangan risau. Aku takkan cubit kau. Aku tahu aku bersalah. Aku dah fikir semalaman. Aku cuba nak hentikan tabiat aku ni,” kata Fareez ikhlas dengan perasaan bersalah terhadap kawan-kawannya.

Muncul Aaron dari belakang. “Fareez! Aku rasa kau perlu teruskan jadi Encik Ketam! Kau boleh selamatkan sesiapa sapa yang kena buli! Tetapi janganlah cubit orang sesuka hati,” kata Aaron tersenyum. 

Raihan dan Ray mendekati Fareez. Fareez tesenyum. “Aku nak… cubit korang!” kata Fareez. 

Raihan dan Ray kaget! 

“Guraulah! Korang ni kawan baik aku sampai bila-bila!  Aku Encik Ketam!” jerit Fareez gembira.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: