Certot

5A Untuk Ayah

Hasil nukilan Aina Zahira 2 years agoSuperhero 48

Kring! Kring! 

Telefon berdering. Fiyat lantas mengangkat telefon.

“Hello. Assalamualaikum. Ini siapa?” tanya Fiyat.

“Waalaikummussalam. Ini pak su. Fiyat cepat bersiap. Kita nak ke hospital ni,” kata pak su dengan cemas.

Fiyat tidak mengeluarkan sepatah dua kata lantas pergi menyarungkan pakaian yang sesuai. Selepas itu, Fiyat menunggu pak su di luar rumahnya.

Pon! Pon! 

Hon kereta pak su berbunyi. Fiyat terus masuk ke dalam kereta. Fiyat mahu saja menanyakan soalan kepada pak su. Namun, Fiyat tidak jadi untuk bertanya kerana melihat riak wajah pak su yang sangat cemas dan gelisah.

Setelah sampai di hospital, mereka terus pergi ke wad kecemasan. Pak su pergi ke kaunter pertanyaan lalu bertanyakan nama pesakit.

“Encik Syukri dan Puan Rozila tinggal di bilik mana?” tanya pak su kepada pekerja yang bekerja di kaunter pertanyaan.

Alangkah terkejutnya Fiyat bahawa ibu dan ayahnya telah masuk ke wad. Fiyat mulai gelisah. Setelah mendapat jawapan, mereka terus masuk ke dalam bilik tersebut. Akhirnya, pak su memberitahu Fiyat bahawa ibu dan ayahnya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan dua buah kereta dan sebuah lori.

Fiyat pergi ke katil ibunya. Dia membaca surah yassin di sisi ibunya yang belum lagi sedar. Tiba-tiba, nadi ibu Fiyat terhenti. Fiyat memanggil doktor dengan sekuat hati sambil menitiskan air mata. Mereka berdua diminta keluar sebentar buat sementara waktu. Fiyat seperti tiada arah tuju. 

Doktor keluar dari wad kecemasan lalu berkata, “Maaf adik, Allah lebih menyayangi ibu adik.”

Fiyat menangis sekuat hati. Kini, Fiyat sudah bergelar anak yatim. Dia tinggal bersama ayahnya sahaja.

Kejadian itu sudah berlalu dua tahun yang lalu. Kini, umur Fiyat sudah mencecah 12 tahun. Dia mempunyai ujian yang penting untuk ditempuhi.

“Ayah, Fiyat hendak pergi ulang kaji bersama kawan-kawan Fiyat boleh?” kata Fiyat sambil menggalas beg yang dipenuhi dengan buku pelajaran.

Ayah Fiyat mengangguk tanda membenarkan. 

‘Bagus sungguh anakku. Terima kasih Ya Allah kerana kau telah berikan kepadaku sebuah permata yang soleh,’ kata ayahnya dalam hati. 

Fiyat mengayuh basikalnya lalu pergi ke taman permainan untuk mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya.

“Hari ini kita nak belajar belajar tentang mikroorganisma,” kata Fiyat.

“Bagus juga topik itu. Saya pun sudah lupa tentangnya. Tolong ajarkan saya ya kawan-kawan,” kata Raziff sambil ketawa kecil.

Mereka pun berbincang bersama-sama apa yang mereka ketahui. Setiap apa yang mereka pelajari di mana-mana sahaja, pasti akan mereka kongsi bersama.

Tiba-tiba datang seorang pemuda datang ke arah mereka. Dia menyuruh kami mengikutnya pergi ke satu tempat. Mereka tanpa berkata apa-apa terus mengikutnya.

Setelah sampai di situ, pemuda itu menyuruh Fiyat dan rakan-rakannya menutup mata dan membuka mulut. Mereka pun membuat seperti mana yang diarahkan. Lelaki itu meletakkan sebatang rokok di setiap mulut mereka. Mereka tidak tahu apa yang diletakkan di dalam mulut mereka. Lelaki itu menyuruh pula mereka menghembus benda itu. Mereka pun menghembusnya. Keluarlah asap dari rokok itu. Mereka berasa sangat puas. 

“Sekarang adik boleh buka mata,” kata lelaki itu dengan mulut tersenyum.

“Wah, bestnya rasa hisap rokok ni! Patutlah Yazid suka hisap rokok,” kata Fiyat dan kawan-kawannya.

Mereka pun menyambung menghisapnya. Orang yang sudah berjinak dengan rokok ni memang susah untuk dipisahkan.

Mulai hari itu, setiap petang mereka tidak akan mengulangkaji lagi tetapi akan menghisap rokok. 

“Ayah , Fiyat nak pergi mengulangkaji dah ni . Bye ,” kata Fiyat yang sebenarnya membohong ayahnya .

Setelah sampai di sana, Fiyat memberikan RM17 kepada lelaki itu untuk menyuruhnya membeli sekotak rokok di Kedai Pak Mael. 

Rokoknya sudah sampai. Fiyat terus membuka kotak lalu mengambil sebatang rokok lalu menghisapnya. Yang selebihnya diberi kepada rakan-rakannya.

“Fuh, bahagianya hidup!” kata Fiyat sambil menghembus rokok itu.

Tiba-tiba Pak Rozdi ternampak perbuatan itu. Dia terus menelefon Encik Syukri iaitu ayah kepada Fiyat.

“Syukri, cepat datang ke taman permainan. Anak kamu Fiyat dengan kawan-kawannya hisap rokok di sini,” kata Pak Rodzi.

Encik Rodzi tidak berkata apa-apa namun dalam hatinya begitu sedih kerana anaknya bersikap begitu. Dia terus pergi ke taman permainan.

“Masya Allah anakku. Kenapa Fiyat buat macam ni. Tak sayang ayah? Kenapa buat macam ni nak?” kata Encik Syukri sambil air mata gugur membasahi pipi.

“Maaf ayah. Ini bukan salah Fiyat. Ini salah lelaki tu. Dia yang ajar Fiyat buat macam ni,” kata Fiyat sambil jarinya menunjukkan jarinya ke arah lelaki itu.

Fiyat pun pulang ke rumah bersama ayahnya. Setelah sampai di rumah, Fiyat sering dimarahi oleh ayahnya.

“Mulai hari ini, Fiyat tak boleh pergi ke taman permainan dan tak boleh berjumpa dengan kawan-kawan kamu yang terlibat sama dalam kes ni. Kalau nak belajar dengan mereka pun tak boleh. Belajar dengan ayah sahaja,” terang ayahnya dengan tegas.

Fiyat mahu sahaja menangis. Tetapi dia mahu menunjukkan bahawa dia seorang yang tabah kepada ayahnya. 

Sejak hari itu, ayahnya lah yang menjadi guru kepadanya di rumah. Ayahnya juga mencuba untuk menghalangnya untuk menghisap rokok. Lama-kelamaan, datang keinginan untuk belajar dan menjadi seorang yang berguna ke dalam diri Fiyat.

Peperiksaan UPSR sudah dekat. Fiyat mengulangkaji pelajaran bersama ayahnya bersungguh-sungguh. Kini, dia tiada masa untuk bermain-main dan melakukan perkara yang merugikan masa.

Semasa sedang menjawab soalan UPSR, dia menumpukan sepenuh perhatian kepada kertas soalan. Dia mengingat kembali segala nota yang diberi oleh gurunya.

Sekarang hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk mereka bakal mengetahui keputusan UPSR yang mereka sudah melaksanakan sehabis baik.

“Fiyat, ayah kamu terlibat dalam kemalangan. Ayah kamu disahkan meninggal dunia,” kata Pak Rodzi.

Fiyat menangis teresak-esak. Kini, dia tiada sesiapa. 

Pada malam itu, mereka mengadakan majlis bacaan surah yassin dan tahlil. Fiyat mencium ayahnya buat kali terakhir. 

“Maafkan Fiyat, ayah. Fiyat banyak buat salah kepada ayah. Fiyat janji, Fiyat akan jadi anak yang soleh. Fiyat akan sentiasa mendoakan ayah,” kata Fiyat.

Masa yang dinanti kini sudah tiba. Keputusan UPSR bakal diketahui. Fiyat berasa tidak sabar.

“Seterusnya, calon 5A UPSR iaitu Muhammad Fiyat Bin Syukri.”

Fiyat berasa teruja. Air mata keriangan menitis membasahi pipinya. Fiyat pergi mengambil slip keputusan dengan gembira.

Setelah tamat majlis itu, Fiyat terus bergegas pergi ke kubur ayahnya. Sebelum membaca yassin, dia mencabut rumput di atas kubur ayahnya dulu. Seterusnya, dia membaca surah yassin. Setelah selesai membacanya, dia menyiramkan air mawar di atas tanah tersebut.

“Ayah, Fiyat dapat 5A. Kalau ayah masih hidup, mesti ayah akan gembira. Terima kasih ayah kerana menjadi guru Fiyat. Terima kasih ayah kerana menjadi hero Fiyat. Kalau tidak, sekarang ni mesti Fiyat masih lagi terjebak dalam kes rokok tu. Terima kasih kerana telah menyelamatkan Fiyat. Ayahlah hero Fiyat buat selamanya,” kata Fiyat sambil mengusap-usap batu nisan ayahnya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: