Certot

5A! KAU TUNGGU AKU DATANG

Hasil nukilan SYAZWINE 3 years agoFantasi 108

“Nurul Nabilah binti Razif!” panggil cikgu Fatimah. 

Nabilah terkejut apabila cikgu memanggil namanya. 

“Awak ingat saya tak tahu awak tengah makan? Pergi berdiri di belakang,” kata cikgu Fatimah dengan tegas. 

“Ala… terlepas aku nak makan keropok lekor kegemaran aku,” gumam hati Nabilah. 

Nabilah terpaksa berdiri di belakang sampai habis waktu cikgu Fatimah. 

“Lenguhnya kaki aku,” kata Nabilah perlahan.

“Hah!” kejut Ain. 

“Tolong! Aku tak nak mati lagi. Tolong jangan apa-apakan aku,” kata Nabilah sambil menangis.

“Eh… ni sayalah,” kata Ain sambil tertawa kecil. 

“Ain, janganlah buat macam tu lagi,” kata Nabilah sambil mengesat air matanya. 

“Minta maaf ye,” kata Ain. 

Mereka berdua berumur 12 tahun. Mereka dari kelas yang berbeza kerana Ain masuk ke dalam sekolah itu semasa umurnya 10 tahun. Lainlah kalau si Nabilah ni. Daripada 7 tahun ada di sekolah itu. 

Mereka pergi ke kantin untuk makan. Nabilah makan makanan yang dibekalkan oleh ibunya. 

Selepas habis waktu persekolahan, Nabilah menunggu bas sekolah sampai di pondok menunggu. 

PON! PON! 

Bunyi hon bas sekolah mengejutkan lamunan Nabilah. Di dalam bas, sempat lagi Nabilah tidur. Mungkin disebabkan letih. 

Sampai sahaja di rumah, Nabilah ternampak ibunya sedang tidur di ruang tamu. Nabilah naik ke biliknya dengan perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan ibunya. 

Selepas membersihkan badannya, Nabilah mengulang kaji kerana minggu depan UPSR sudah tiba. Dia berdoa supaya dia mendapat 5A.

**********

Peperiksaan UPSR sudah tiba. Nabilah sudah berdoa sekarang dia hanya tawakal. Dia masuk ke dalam dewan peperiksaan. Dia menjawab dengan berhati-hati. 

Masa berlalu dengan cepat. Sudah seminggu sejak Peperiksaan UPSR berlalu. Sekarang cuma keputusan sahaja. Seorang demi seorang nama dipanggil, akhirnya nama Nabilah dipanggil. 

“Nurul Nabilah Binti Razif. 5A.”

Nabilah berasa gembira lalu menuju ke pentas mengambil keputusan. Dia sekarang tahu usaha tangga kejayaan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: