Chapter

#1: Ujian Mengejut?

Hasil nukilan Nana Hanis 2 years ago Novel: The Fantastic Girls

“Assalamualaikum semua,” kata Umaira. 

“Waalaikumussalam,” jawab The Fantastic Girls hampir serentak. Kemudian, mereka ketawa.

 “Ira, awak mahu tahu? Sekolah kita buat ujian mengejut pada bulan Ogos ini,” kata Syaza. 

“Betulkah?” kata Umaira penuh semangat. 

Itulah perangai semula jadi The Fantastic Girls. Sekiranya ada ujian, merekalah yang paling gembira. Lain pula dengan senior mereka yang merupakan kakak kepada mereka berlima. Kakak-kakak  mereka juga mempunyai kumpulan. Namanya The Pretties. Sekiranya The Fantastic Girls semuanya rajin-rajin dan tidak sombong, The Pretties pula amatlah malas untuk belajar meskipun SPM sudah semakin hampir. Mereka juga amat sombong kerana mereka semuanya cantik seperti model. Tidak kelas bagi mereka berkawan dengan orang biasa. Eii! Geli!

“Kita boleh belajar berkumpulan setiap hari,” kata Amelia yang merupakan ketua kumpulan The Fantastic Girls.

“Setiap hari? Serius?” rengek Hani. Dalam The Fantastic Girls, Hani satu-satunya ahli yang merupakan anak bongsu. Jadi, dia diibaratkan seperti seorang adik bongsu dalam keluarga yang bernama The Fantastic Girls.

“Rilex, Hani. Kerana awak ialah adik bongsu, jadi hujung minggu adalah masa untuk membeli-belah!” kata Amelia. Hani yang tadinya masam seperti cuka sudah menghadiahkan senyuman semanis madu. 

“Terima kasih!” kata Hani sambil memeluk Amelia.

“SRumah siapa yang akan menjadi mangsa?” soal Ain. 

Serentak dengan itu, Amelia, Hani, Ain dan Umaira memandang  tepat ke arah Syaza. 

“Come on, girls,” kata Syaza

“Please,” pujuk Hani.

“Betul. Ada sesiapa yang sanggup tolak permintaan adik bongsu kita ini? Sekiranya ada yang sanggup, bersiap sedialah untuk meninggalkan The Fantastic Girls.” Amelia sudah mengugut.

“Okey.” Syaza mengeluh kecil. Setiap kali mahu berjumpa, pasti rumahnya yang menjadi mangsa. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: